Kami memohon maaf di atas kesulitan ini.
Jika Setel mengalami masalah sambungan, ia mungkin disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielak. Usah bimbang kerana staf teknikal kami sentiasa memantau sistem dan memastikan situasi tersebut diselesaikan secepat yang mungkin.
Sementara itu, anda boleh mengisi petrol dengan membayar di Kedai Mesra atau menggunakan kad di terminal pam seperti biasa.
Mata ganjaran Mesra Rewards untuk pembelian petrol ini boleh diperolehi dengan menghantarkan e-mel ke wakil khidmat pelanggan kami di hello@setel.com
Dalam e-mel tersebut, sediakan tangkap layar resit fizikal yang jelas dan pastikan resit tersebut mengandungi maklumat berikut:
- Nama stesen PETRONAS tersebut
- Tarikh dan waktu pembelian anda
- Nombor invois
- Jumlah keseluruhan
Harap maklum bahawa mata ganjaran Mesra Rewards hanya akan diberikan selepas wakil khidmat pelanggan mengesahkan isu sambungan tersebut benar-benar berlaku.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.