Sentuh Profil.
Sentuh kad Mesra Rewards.
Sentuh Pautkan sekarang.
Isikan butiran anda dan sentuh Pautkan sekarang.
Kad anda telah dipautkan!
Jika anda ingin aktifkan kad Mesra Rewards digital anda, rujuk artikel Bagaimana cara aktifkan kad Mesra Rewards digital kami.
Bolehkah saya dapatkan kad Mesra Rewards fizikal?
Malangnya, pengeluaran kad Mesra Rewards fizikal telah dihentikan. Kami cadang gunakan kad Mesra Rewards digital kerana anda akan dapatkannya secara automatik apabila menggunakan Setel.
Anda hanya perlu aktifkan kad digital dan boleh terus gunakannya!
Sebab-sebab umum kegagalan pautan kad
-
Nombor kad Mesra Rewards yang tidak betul
Periksa semula nombor kad Mesra Rewards yang anda masukkan semasa proses pautan. Kesalahan kecil pun boleh menghalang pautan yang berjaya.
-
Kad Mesra Rewards dipautkan ke akaun Setel lain
Ada kemungkinan kad Mesra Rewards anda sudah dipautkan ke akaun Setel lain. Ini boleh berlaku jika anda sebelum ini menggunakan kad tersebut dengan akaun yang berbeza.
-
Kad Mesra Rewards fizikal telah dinyahaktifkan
Jika kad Mesra Rewards anda telah dinyahaktifkan, ia tidak boleh dipautkan ke mana-mana akaun Setel.
-
Kad Mesra Rewards didaftarkan dengan maklumat yang berbeza
Periksa jika anda sebelum ini mendaftarkan kad Mesra Rewards anda menggunakan maklumat yang berbeza. Ini boleh termasuk nombor telefon, alamat e-mel, nombor KP atau butiran akaun lain yang berbeza.
Jika mana-mana sebab di atas nampaknya berlaku dalam situasi anda (selain daripada memasukkan nombor kad Mesra Rewards yang tidak betul), jangan risau. Anda boleh mengisi borang di bawah dan salah seorang ahli pasukan kami akan menghubungi anda secepat mungkin melalui e-mel untuk membantu anda.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.