Status tambah nilai mungkin tergendala pada pemprosesan pembayaran atas isu atau kelewatan dengan sistem atau pelayan bank. Jika ia masih tersekat selepas beberapa minit (respon mungkin tertunda sehingga 30 minit atau lebih), cuba log keluar, hidupkan mod pesawat, kemudian matikan mod pesawat, dan log masuk semula.
Jika pembayaran anda belum diproses, anda boleh cuba menukar kepada cara pembayaran yang lain. Anda boleh menyemak bank anda untuk kepastian sama ada pembayaran telah dibuat. Jika ya, tambah nilai anda akan dikemas kini dalam Dompet Setel anda dalam masa 30 minit.
Jika tambah nilai tiada di dalam Dompet Setel anda dalam tempoh 24 jam, sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui live chat atau e-mel ke hello@setel.com untuk bantuan lanjut.
Isi Kandungan
Mengapa ia mengatakan transaksi tertunda/sedang diproses?
Kenapa tambah nilai muncul walaupun tadi ia gagal?
Bagaimana nak tahu jika transaksi saya sedang diproses?
Mengapa ia mengatakan transaksi tertunda/sedang diproses?
Transaksi (tambah nilai atau pindahan) mungkin tersekat semasa diproses/tertunda kerana kelewatan respon dari pihak bank. Urutan umum proses adalah seperti berikut.
- Periksa sama ada pembayaran sedang diproses.
- Tunggu respon dari pihak bank.
- Jika pembayaran tamat masa, semak semula dengan bank nanti.
- Jika pembayaran diproses, perubahan akan dipaparkan pada baki dompet.
Kenapa tambah nilai muncul walaupun tadi ia gagal?
Tambah nilai dianggap gagal kerana tamat tempoh semasa menunggu tindak balas daripada bank (tindak balas mungkin tertunda sehingga 30 minit atau lebih).
Namun, kami masih akan menunggu tindak balas jika pembayaran tersebut telah berjaya. Jika pembayaran itu berjaya, tambah nilai tersebut akan ada di dalam Dompet Setel anda dan notifikasi pemberitahuan akan dihantar.
Anda boleh mengesahkan sama ada pembayaran tambah nilai telah berjaya dengan pihak bank. Jika pembayaran telah dibuat, tambah nilai anda akan tersedia di dalam Dompet Setel nanti.
Jika tambah nilai tiada di dalam Dompet Setel anda dalam tempoh 24 jam, sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui live chat atau e-mel ke hello@setel.com untuk bantuan lanjut.
Bagaimana nak tahu jika pembayaran saya sedang diproses?
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan pembayaran anda diproses dengan betul.
- Semak jika anda mempunyai baki yang mencukupi di bank/kad untuk transaksi itu. Kami mencadangkan agar tambah nilai dibuat terlebih dahulu (30 minit atau hingga 1 jam) sebelum membeli.
- Jika anda menggunakan perbankan dalam talian, pastikan anda meluluskan pembayaran. Ia boleh dilakukan melalui aplikasi pengesahan pihak bank atau melalui TAC. Jika transaksi tidak dibenarkan, ia akan tamat tempoh dan tidak akan diproses.
- Pastikan anda tidak melebihi had Dompet Setel.
-
Memiliki sambungan internet yang baik dan bank anda sedang beroperasi (tidak diselenggara atau sebagainya).
- Beberapa rakan bank kami melakukan penyelenggaraan berkala dari 12 MLM hingga 1 PAGI jadi anda mungkin mengalami gangguan perkhidmatan sementara dengan Dompet Setel pada tempoh itu. Kami mencadangkan anda untuk cuba semula perkhidmatan ini nanti.
Mengapa pemulangan tambah nilai saya tidak terpapar?
Biasanya, pemulangan tambah nilai akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja cuma setiap bank mempunyai prosedur yang berbeza.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status tambah nilai anda, anda boleh hubungi kami melalui live chat di aplikasi Setel/laman web Setel atau e-mel kami di hello@setel.com .
Bagaimana cara untuk menyelesaikan isu ralat pemprosesan?
Baca artikel penyelesaian masalah kami.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.